Ahad, 23 Ogos 2015

Rindunya nk ke Mekah dan Madinah

Masha Allah... rindunya nk ke Mekah dan Madinah... bila melaungkan talbiah...

Lab bai kallah humma labbaik...

Air mataku mulai membasahi pipi... rinduuunyaaaa

Ya Allah Engkau jemputlah aku, mami dan abah lagi untuk datang ke rumahMu lg :'( :'( :'(

ㅠ.ㅠ
ㅠ.ㅠ
ㅠ ㅠ

Rabu, 12 Ogos 2015

Tips 3 - Telefon dan kad sim

Telefon.. masa pergi dahulu pihak Mobily ada memberikan simkad pra-bayar  percuma dan ia boleh digunakan di tanah suci nanti dan tak perlu beli sim baru... hanya perlu top-up bila kredit dah habis

Cara nak top up ada pada sampul simkad tersebut. Jadi sampul simkad jangan dibuang ;)

Tips 2 - Mina hingga ke Arafah

Bawa baju secukupnya..

Bagi para jemaah boleh gunakan seluar pakai buang sepanjang di sana untuk memudahkan dan tidak perlu basuh baju

Oleh kerana tandas/bilik mandi yg terhad berbanding jemaah yg ramai, elakkan membasuh di dalam bilik mandi. Jika hendak membasuh pakaian, gunakan paip-paip air yang terhad yang ada di luar.

Sebab itu lebih elok bawa pakaian secukupnya yang telah diasingkan dalam plastik untuk tempoh sepanjang dari hari pertama di Mina hingga selesai melontar jamrah (nafar thani)

Tips 1 - Bawa sekadarnya

Jemaah lelaki mungkin tiada masalah dengan pakaian dan untuk mengaturnya...

Bagi jemaah wanita, tidak perlu bawa baju terlalu banyak.. sekadar 5 ke 6 helai baju sahaja.

Baju kurung (baju sahaja) boleh dibawa dan dipakai dengan seluar bagi memudahkan pergerakan.

Jika nak bawa jubah, baju bawalah 4 helai dan 2 helai jubah.

Kain batik 3 helai, tuala mandi 2, seluar panjang 3, untuk tidur bawalah 2 ke 3 helai pakaian untuk tidur.

Baju-baju boleh dibasuh. Boleh bawa sabun serbuk dari Malaysia. Nak beli sabun di sana pun boleh :)

Untuk menjemur, jangan lupa bawa tali yg panjang (kalau lebih boleh gunting... simpan)

Basuh baju... tos dulu dalam bilik air.. dh lepas 2-3 jam boleh jemur di dalam bilik hotel (jika di Madinah). Manakala di Mekah, jemuran boleh dibuat dengan tali tadi di tingkat atas hotel.

Kadangkala di hotel di Mekah tali-tali lama tinggalan jemaah haji lalu masih ada... boleh gunakan..

Jangan lupa bawa penyangkut baju (hanger) yg besi dan nipis sekitar 10 batang (mudah utk jemur baju di bilik hotel di Madinah)

Di Mekah guna sepit je.. 1 baju sepit letak 2, sbb angin kadangkala kuat.. terbang dan hilang pula baju

*jangan fikir perkara negatif semasa di 2 tanah haram... doa sentiasa agar urusan harian dipermudahkan dan selamat

Lambaian Kaabah

Pergi haji...
Ertinya menuju Allah yang Esa...

Terngiang-ngiang di telinga lagu dari kumpulan Raihan dan sebanyak-banyak syukur ku panjatkan kepada Allah kerana tahun lalu mami, abah, kakak dan aku dijemput Allah ke rumahnya... Alhamdulillah.. Masha Allah..

Hari ini petugas-petugas Tabung Haji sebahagiannya telah mula bertolak ke Madinah dan Mekah untuk persediaan musim haji 1436H/2015.

Tujuan blog ni sekadar untuk berkongsi tips yang mungkin dapat membantu bakal-bakal jemaah haji yang pertama kali bakal menjejakkan kaki ke tanah haram Madinah dan Mekah.