Rabu, 12 Ogos 2015

Tips 1 - Bawa sekadarnya

Jemaah lelaki mungkin tiada masalah dengan pakaian dan untuk mengaturnya...

Bagi jemaah wanita, tidak perlu bawa baju terlalu banyak.. sekadar 5 ke 6 helai baju sahaja.

Baju kurung (baju sahaja) boleh dibawa dan dipakai dengan seluar bagi memudahkan pergerakan.

Jika nak bawa jubah, baju bawalah 4 helai dan 2 helai jubah.

Kain batik 3 helai, tuala mandi 2, seluar panjang 3, untuk tidur bawalah 2 ke 3 helai pakaian untuk tidur.

Baju-baju boleh dibasuh. Boleh bawa sabun serbuk dari Malaysia. Nak beli sabun di sana pun boleh :)

Untuk menjemur, jangan lupa bawa tali yg panjang (kalau lebih boleh gunting... simpan)

Basuh baju... tos dulu dalam bilik air.. dh lepas 2-3 jam boleh jemur di dalam bilik hotel (jika di Madinah). Manakala di Mekah, jemuran boleh dibuat dengan tali tadi di tingkat atas hotel.

Kadangkala di hotel di Mekah tali-tali lama tinggalan jemaah haji lalu masih ada... boleh gunakan..

Jangan lupa bawa penyangkut baju (hanger) yg besi dan nipis sekitar 10 batang (mudah utk jemur baju di bilik hotel di Madinah)

Di Mekah guna sepit je.. 1 baju sepit letak 2, sbb angin kadangkala kuat.. terbang dan hilang pula baju

*jangan fikir perkara negatif semasa di 2 tanah haram... doa sentiasa agar urusan harian dipermudahkan dan selamat

Tiada ulasan:

Catat Ulasan